Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2025

Tokoh buku

Imej
  Karya  Dr. Haron Din Manusia sebagai khalifah bertanggungjawab menanggung amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. iaitu menegakkan agama Islam di muka bumi. Tanggungjawab ini tidak mungkin dapat kita laksanakan tanpa ilmu yang mendalam. Kita perlu mengetahui bagaimana cara menunaikan amanah itu. Apakah yang terjadi sekiranya amanah itu tidak ditunaikan. Apakah ganjaran dan balasan pula kepada orang yang melaksanakannya. Salah faham terhadap Islam berpunca daripada kedangkalan ilmu teras Islam dan penafsiran Islam yang tidak mengikut paradigma, dasar dan falsafah, ilmu dan nilai Islam secara menyeluruh serta sistematik. Akibatnya, masing-masing membuat kesimpulan yang bertentangan dan membawa kepada pencerahan antara umat Islam itu sendiri. Maka, cita-cita bagi mewujudkan satu umat yang saksama, unggul dan menjadi ikutan hanya tinggal cita-cita dan angan-angan. Bagi menjawab segala kekeliruan, buku ini disusun dengan lengkap dan mudah melalui peringkat demi peringkat, dan bah...